Sunday, October 3, 2010

SEKITAR MESYUARAT AGUNG MASJID









Mesyuarat agong Tahunan Masjid Ar Rahman telah selesai diadakan pada 1 Oktober bersamaan 23 Syawal yang lalu.Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Kadhi daerah Kuala Selangor iaitu Tn Hj Hashim b Mohamad.

Dalam ucapannya, beliau sangat-sangat mengharapkan AJK dapat merancang program yang bukan sahaja untuk ahli yang datang ke masjid sahaja tetapi program yang dapat dihadiri oleh ahli-ahli qariah yang lain jua.

Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan tetapi beberapa cadangan yang dikemukakan sangat baik untuk diusahakan.Antaranya adalah cadangan dari imam Masjid Lama Kg Bukit Badong yang mencadangkan pengurusan Masjid Ar Rahman membiayai kos program-program di surau-surau yang kekurangan dana untuk mengendalikan sendiri.

Selain itu, antara cadangan yang diajukan oleh pihak masjid terus kepada tuan kadhi ialah projek pembesaran masjid.Ini memandangkan saiz yang sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Diperhatikan ,terdapat di kalangan remaja yang tidak bersolat Jumaat walaupun hadir ke masjid atas alasan tiada ruang solat dan terpaksa bersesak-sesak di bahagian belakang masjid dan di bawah khemah yang disediakan.

Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dan berjalan dalam suasana harmoni dan ukhwah Islamiah. Mesyuarat diakhiri dengan jamuan satay yang disediakan bagi ahli qariah yang hadir.



No comments: