Thursday, September 23, 2010

INFO SAMBUTAN RAYA

1.Sambutan Aidil Fitri AJK Masjid Ar Rahman bersama ajk surau-surau telah diadakan pada Jumaat malam Sabtu yang lalu.Ahli jemaah isyak yang hadir telah dijemput bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan.

2. Baraan raya JKKK dan ahli usrah Kg Bukit Badong telah diadakan pada Ahad yang lalu telah dapat menziarahi sebanyak 20 buah rumah bermula dari rumah Tuan Hj Saroni dan berakhir di rumah Baharudin Salimon Loji Air Sg Harmoni.

3. Baraan raya Taman Bukit Badong telah diadakan selama tiga malam bermula dari 20 September.Setiap rumah yang terbuka dikunjungi bagi merapatkan silaturrahim.Majlis dianjurkan badan kebajikan Islam taman yang dipengerusikan oleh Tn Hj Razali Mukri.

MAJLIS HARI RAYA SETERUSNYA…..

1.Sambutan Aidil Fitri Menteri Besar Selangor bagi DUN Ijok akan diadakan di Dewan Bukit Badong pada 26 Sept.(Ahad) bermula 3.00 petang.Semua dijemput hadir.

2.Sambutan Aidil Fitri JKKK bersama pemuda Kg Bukit Badong akan diadakan di padang futsal tengah pada 30 Sept (Khamis) bermula 9.00 malam.Dato Menteri Besar dan YB Dr Dzul akan bersama.Semua dijemput hadir.

3. Sambutan Aidil Fitri PAS Kg Bukit Badong akan diadakan di PASTI AN NUR Bukit Badong pada 25 Sept.(Sabtu) bermula 8.30 malam .Semua dijemput hadir.

4.Sambutan Aidil Fitri Penyelaras BN DUN Ijok akan diadakan di Dewan Perumahan Bukit Badong pada 26 Sept(Ahad) bermula 3.00 petang.Semua dijemput hadir.

4.Sambutan Aidil Fitri SRA Bukit Badong akan diadakan pada 24 Sept(Jumaat) bermula 3.00 petang.Semua ibu bapa diminta membekalkan kuih raya kepada anak-anak untuk dibawa ke sekolah .


No comments: