Monday, March 19, 2012

MESYUARAT KHAS PEMILIHAN AJK 2012-2015

Mesyuarat khas pemilihan AJK yang baru akan dijalankan pada 26 Mac ini bermula selepas maghrib. Kepada semua ahli qariah Masjid Bukit Badong dijemput untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini sangat penting kerana di sinilah kita boleh mencalonkan dan memilih AJK yang difikirkan sesuai untuk mentadbir dan mengimarahkan masjid kita.Jika dirasakan AJK lama masih sesuai dan telah menjalankan kerja dengan sebaik mungkin, bolehlah dikekalkan.Keputusan di tangan ahli kariah semua.
Sungguhpun begitu , untuk pengetahuan semua imam kita iaitu Ustaz Sariman dan Imam Tairin akan berundur dari menjadi imam kerana faktor usia yang melebihi 65 tahun. Agak-agaknya siapa ya yang boleh dilantik menjadi imam masjid kita ? Apa yang pasti, lantiklah imam di kalangan jamaah yang rajin mengimarahkan masjid.Selamat bermesyuarat.

Thursday, March 8, 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JKKK

JKKK Kg Bukit Badong akan mengadakan program khidmat masyarakat pada tarikh 11 Mac (Ahad) bermula jam 8.00 pagi hingga 4 petang.

Antara program yang diadakan adalah seperti khidmat tukar minyak hitam percuma, rawatan kecantikan bagi wanita,futsal padang, pertandingan gubahan, senam robik ,sukanekaibu bapa dan kanak-kanak.

Tidak ketinggalan aktiviti “Yok Ngenjot” dan banyak lagi .T shirt juga disediakan serta cabutan bertuah..Semua acara akan dijalankan di Padang Belia Bukit Badong, di dewan orang ramai serta dewan JKKK.

Perasmian akan dijalankan oleh Dr Halimah Ali, iaitu Exco Kerajaan Negeri Selangor.Kepada penduduk yang ingin membuka gerai, sangat dialu-alukan.Semua penduduk kampung dijemput menyertai program ini.


PENDAFTARAN TUISYEN PERCUMA SPM

Kerajaan negeri Selangor menyediakan tuisyen percuma bagi pelajar yang menduduki SPM tahun ini .Untuk di kampung kita ini, kelas dijalankan di Pusat Belia (sebelah bengkel kereta) pada setiap Ahad bermula jam 8.00 pagi.Lima subjek teras diajar setiap minggu disamping mendapat modul dan buku latihan setiap bulan.

Selain itu pelajar juga berpeluang mengikuti seminar, teknik menjawab soalan yang diadakan di Inpens dan SUK Shah Alam. Pelajar juga akan menyertai kem motivasi dan summer camp secara percuma.Kepada ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 013 – 3633640.Terhad kepada 25 orang terawal sahaja.


PEMASANGAN LCD PROJEKTOR MASJID

Atas dasar kewangan masjid yang kukuh, AJK masjid bersetuju untuk memasang LCD projektor dan skrin di ruang solat masjid.

Tujuan utama adalah bagi memudahkan jamaah mengikuti pengajian atau khutbah Jumaat dengan menggunakan kemudahan multimedia.

Selain itu, pengajian –pengajian melalui video,VCD, maupun Youtube boleh dimuat turun menggunakan kemudahan tersebut. Projek ini akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mudah-mudahan akan lebih bersemaraklah majlis ilmu di masjid kita nanti.


DEWAN DAN GIMNASIUM UNTUK SKBB

Sebagai sekolah angkat kepada LATAR, Pengerusinya, bekas pelajar SKBB ,Dato Rafe Chekku bermurah hati menaja sebuah dewan bernilai satu juta untuk kegunaan anak-anak kita .Dewan tersebut akan dibina bersebelahan bukit yang telah menjadi hak milik SKBB seluas 3 ekar.Keluasan dewan tersebut boleh memuatkan empat gelanggang badminton.

Hasil daripada lawatan Kementerian Pelajaran Korea tempoh hari, SKBB juga menerima durian runtuh apabila dianugerah kan sebuah gimnasium bernilai RM 300 000.00 oleh kerajaan Korea.Kedua-dua projek ini akan terlaksana tidak berapa lama lagi.Sebagai penduduk Kg Bukit Badong, kita tumpang gembira atas anugerah yang diterima ini.


SETENGAH JAM DI PERPUSTAKAAN MASJID

Perpustakaan masjid dibuka antara maghrib dan isyak hampir setiap malam.Ahli kariah boleh membaca pelbagai buku yang tersedia menanti pengunjungnya.

Ahli kariah juga tidak perlu pulang ke rumah untuk menonton Berita jam 8.00 malam kerana telah tersedia televisyen yang menayangkan berita dari TV Al Hijrah di situ.

Selama ini anak-anak yang suka ke situ membaca, mengulang kaji pelajaran atau bermain catur.Harap harap selepas ini ramai ahli kariah ke perpustakaan daripada berbual kosong di serambi masjid.

Perkhidmatan pinjaman buku, cetakan, game, dan internet disediakan untuk ahli kariah.


KOMTAS MULA MENERIMA PELAJAR

Kompleks Tahfiz Safiudin, Kg Bukit Badong telah memulakan program tahfiznya 7 feb yang lalu.Walaupun kompleks utama belum terdiri lagi tetapi beberapa orang pelajar telah menjadi perintis bagimendaftar di tahfiz ini dengan tenaga pengajar seramai 3 orang.

Antara tenaga pengajarnya ustaz Huzaif penceramah di radio Selangor fm serta ustaz lepasan Syria.Pelajarnya datang daripada Melaka dan sekitar Selangor.Cuma pelajar tempatan yang tiada.

Sekiranya ada ahli kariah yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sini sila hubungi ustaz Huzaif di talian 013 5228803.Begitu juga sekiranya pihak surau yang ingin menjemput ustaz ini berceramah juga sangat dialu-alukan.