Thursday, March 8, 2012

PEMASANGAN LCD PROJEKTOR MASJID

Atas dasar kewangan masjid yang kukuh, AJK masjid bersetuju untuk memasang LCD projektor dan skrin di ruang solat masjid.

Tujuan utama adalah bagi memudahkan jamaah mengikuti pengajian atau khutbah Jumaat dengan menggunakan kemudahan multimedia.

Selain itu, pengajian –pengajian melalui video,VCD, maupun Youtube boleh dimuat turun menggunakan kemudahan tersebut. Projek ini akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mudah-mudahan akan lebih bersemaraklah majlis ilmu di masjid kita nanti.


DEWAN DAN GIMNASIUM UNTUK SKBB

Sebagai sekolah angkat kepada LATAR, Pengerusinya, bekas pelajar SKBB ,Dato Rafe Chekku bermurah hati menaja sebuah dewan bernilai satu juta untuk kegunaan anak-anak kita .Dewan tersebut akan dibina bersebelahan bukit yang telah menjadi hak milik SKBB seluas 3 ekar.Keluasan dewan tersebut boleh memuatkan empat gelanggang badminton.

Hasil daripada lawatan Kementerian Pelajaran Korea tempoh hari, SKBB juga menerima durian runtuh apabila dianugerah kan sebuah gimnasium bernilai RM 300 000.00 oleh kerajaan Korea.Kedua-dua projek ini akan terlaksana tidak berapa lama lagi.Sebagai penduduk Kg Bukit Badong, kita tumpang gembira atas anugerah yang diterima ini.


SETENGAH JAM DI PERPUSTAKAAN MASJID

Perpustakaan masjid dibuka antara maghrib dan isyak hampir setiap malam.Ahli kariah boleh membaca pelbagai buku yang tersedia menanti pengunjungnya.

Ahli kariah juga tidak perlu pulang ke rumah untuk menonton Berita jam 8.00 malam kerana telah tersedia televisyen yang menayangkan berita dari TV Al Hijrah di situ.

Selama ini anak-anak yang suka ke situ membaca, mengulang kaji pelajaran atau bermain catur.Harap harap selepas ini ramai ahli kariah ke perpustakaan daripada berbual kosong di serambi masjid.

Perkhidmatan pinjaman buku, cetakan, game, dan internet disediakan untuk ahli kariah.


KOMTAS MULA MENERIMA PELAJAR

Kompleks Tahfiz Safiudin, Kg Bukit Badong telah memulakan program tahfiznya 7 feb yang lalu.Walaupun kompleks utama belum terdiri lagi tetapi beberapa orang pelajar telah menjadi perintis bagimendaftar di tahfiz ini dengan tenaga pengajar seramai 3 orang.

Antara tenaga pengajarnya ustaz Huzaif penceramah di radio Selangor fm serta ustaz lepasan Syria.Pelajarnya datang daripada Melaka dan sekitar Selangor.Cuma pelajar tempatan yang tiada.

Sekiranya ada ahli kariah yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sini sila hubungi ustaz Huzaif di talian 013 5228803.Begitu juga sekiranya pihak surau yang ingin menjemput ustaz ini berceramah juga sangat dialu-alukan.


Wednesday, December 14, 2011

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah: :

1. Pemarah .Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam. Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki. Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil. Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautan walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga.Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar. Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar apabila hadapi dugaan.

7. Ego. Ibu segala mazmumah. jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Semua org ada egonya sendiri cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak. Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia. Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah . Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya tetapi ialah MAZMUMAH.