Friday, October 8, 2010

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu serta Jabatan Agama Islam Selangor akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di masjid ini pada 22 Oktober ini.

Program besar-besaran ini mensasarkan jumlah kehadiran seramai dua ribu orang.Untuk tujuan tersebut, satu mesyuarat bersama tuan kadhi, para ketua kampong dan nazir-nazir seluruh mukim Ijok bersama AJK masjid Ar Rahman telah diadakan pada 4 Oktober yang lalu di bilik mesyuarat Masjid Ar Rahman.

Dijadualkan forum perdana ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor dan dihadiri oleh Dato Dr Hassan b Ali, exco agama manakala forum perdana pula akan dibarisi oleh penalis terkenal seperti Ustaz Zahazan Mohamad, Ustaz Roslan Muhammad serta moderator oleh Ustaz Haslin b Baharim.

Gerai-gerai juga akan dibuka, manakala beberapa buah bas disediakan bagi membawa penduduk kampong yang berhampiran serta para pelajar UNISEL.

Kerjasama dari semua pihak diperlukan bagi menjayakan program yang dirancang bagi manfaat kita semua.


No comments: