Thursday, July 19, 2012

SELAMAT DATANG RAMADAN


Thursday, June 28, 2012

AJK MASJID SESSI 2012/2015


Berkuatkuasa 1 Jun yang lalu, AJK masjid Ar Rahman sessi 2009/2012 mengakhiri tugasnya manakala AJK baharu mengambil alih tugas sehingga 2015.
    Kepada AJK sessi lalu jazakallah diucapkan manakala kepada AJK baharu selamat menjalankan amanah demi memakmurkan rumah Allah ini.Barisan pegawai  Masjid Ar Rahman bagi sessi yang baharu adalah seperti berikut :

Nazir :          Tn Hj Wahid Nawawi                        
Timb Nazir :Tn Hj Kamsani Misdi           
Imam 1:        Sdr Zainol Abidin b Daei          
Imam 2:       Sdr Zainor Azmi b Misdi      
Bilal 1 :         Tn Hj Rosli b Kormain         
Bilal 2 :         Tn Hj Mistaram b Wardi             
Siak 1  :         Tn Hj Akhyar D Kamari       
Siak 2  :         Sdr Abd Hamid b Jabar
Setiausaha : Sdr Amijar b Kadimon                
P Setiausaha:Us Ishak Hj Mokhtar      
Bendahari :   Sdr Zubir b Zasyali          
 
AJK :                              
                       Sdr Jalaludin b Habib                 
                       Sdr  Ehsan b Tumirin                            
                       Tn Hj Daem b Sapuan                           
                       Sdr Syed Asri b Syed Sohor                  
                       Pn Julaili b Jumat                                  
                       Pn Amriah bt Rasyid                          
                       Sdr Jefry b Mejan                 
Pemeriksa
 kira-kira :       
                       Sdr Sahardi b Ismail 
                       Sdr Mohd Zaidi b Husin                                
                

PEMASANGAN LCD PROJEKTOR DISELESAIKAN


Apa yang dicita-citakan telah dilaksanakan di masjid kita.LCD projektor telah siap dipasang pada Khamis yang lalu.

    Tujuan utama pemasangan ini adalah untuk mengimarahkan lagi kuliah-kuliah ilmu di masjid kita ini disamping memberi info-info kepada para jemaah.

     Berkat kerjasama semua jemaah diharapkan cita-cita murni ini akan dapat direalisasikan.

     Mudah-mudahan juga, bilangan jamaah yang mendengar kuliah-kuliah yang diadakan akan terus bertambah dengan adanya daya penarik ini.

LANGKAH PENCEGAHAN PECAH RUMAH


Walaupun kes pecah rumah semakin berkurang di kampung kita, namun setiap ahli kariah perlulah berwaspada supaya tidak berlakunya kes sedemikian. Bak kata pepatah “Beringat sebelum kena”.
   JKKK Kampung bahagian keselamatan Sdr Ehsan b Tumirin menasihati ahli kariah supaya mengamalkan  langkah langkah berikut ,iaitu ,
1.      Menggunakan kunci yang lebih kukuh dan tebal.
2.      Menghidupkan lampu di luar rumah pada waktu malam.
3.      Meletakkan barangan yang berbunyi kuat seperti tin di pintu bagi mengejutkan tuan rumah dan menakutkan perompak.
4.      Membuat perhubungan dengan jiran dan kawan-kawan jika disyaki jenayah berlaku.
5.      Menghubungi Balai Polis Bestari Jaya 03 3271 222 atau IPD Kuala Selangor 03 3289 1222

Monday, March 19, 2012

MESYUARAT KHAS PEMILIHAN AJK 2012-2015

Mesyuarat khas pemilihan AJK yang baru akan dijalankan pada 26 Mac ini bermula selepas maghrib. Kepada semua ahli qariah Masjid Bukit Badong dijemput untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini sangat penting kerana di sinilah kita boleh mencalonkan dan memilih AJK yang difikirkan sesuai untuk mentadbir dan mengimarahkan masjid kita.Jika dirasakan AJK lama masih sesuai dan telah menjalankan kerja dengan sebaik mungkin, bolehlah dikekalkan.Keputusan di tangan ahli kariah semua.
Sungguhpun begitu , untuk pengetahuan semua imam kita iaitu Ustaz Sariman dan Imam Tairin akan berundur dari menjadi imam kerana faktor usia yang melebihi 65 tahun. Agak-agaknya siapa ya yang boleh dilantik menjadi imam masjid kita ? Apa yang pasti, lantiklah imam di kalangan jamaah yang rajin mengimarahkan masjid.Selamat bermesyuarat.

Thursday, March 8, 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JKKK

JKKK Kg Bukit Badong akan mengadakan program khidmat masyarakat pada tarikh 11 Mac (Ahad) bermula jam 8.00 pagi hingga 4 petang.

Antara program yang diadakan adalah seperti khidmat tukar minyak hitam percuma, rawatan kecantikan bagi wanita,futsal padang, pertandingan gubahan, senam robik ,sukanekaibu bapa dan kanak-kanak.

Tidak ketinggalan aktiviti “Yok Ngenjot” dan banyak lagi .T shirt juga disediakan serta cabutan bertuah..Semua acara akan dijalankan di Padang Belia Bukit Badong, di dewan orang ramai serta dewan JKKK.

Perasmian akan dijalankan oleh Dr Halimah Ali, iaitu Exco Kerajaan Negeri Selangor.Kepada penduduk yang ingin membuka gerai, sangat dialu-alukan.Semua penduduk kampung dijemput menyertai program ini.


PENDAFTARAN TUISYEN PERCUMA SPM

Kerajaan negeri Selangor menyediakan tuisyen percuma bagi pelajar yang menduduki SPM tahun ini .Untuk di kampung kita ini, kelas dijalankan di Pusat Belia (sebelah bengkel kereta) pada setiap Ahad bermula jam 8.00 pagi.Lima subjek teras diajar setiap minggu disamping mendapat modul dan buku latihan setiap bulan.

Selain itu pelajar juga berpeluang mengikuti seminar, teknik menjawab soalan yang diadakan di Inpens dan SUK Shah Alam. Pelajar juga akan menyertai kem motivasi dan summer camp secara percuma.Kepada ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 013 – 3633640.Terhad kepada 25 orang terawal sahaja.


PEMASANGAN LCD PROJEKTOR MASJID

Atas dasar kewangan masjid yang kukuh, AJK masjid bersetuju untuk memasang LCD projektor dan skrin di ruang solat masjid.

Tujuan utama adalah bagi memudahkan jamaah mengikuti pengajian atau khutbah Jumaat dengan menggunakan kemudahan multimedia.

Selain itu, pengajian –pengajian melalui video,VCD, maupun Youtube boleh dimuat turun menggunakan kemudahan tersebut. Projek ini akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mudah-mudahan akan lebih bersemaraklah majlis ilmu di masjid kita nanti.