Monday, August 13, 2012


SESIBUK KITA ……………….
Sebenarnya, kita ini disibukkan dengan apa ?
Perkara apakah yang menyibukkan kita?
Setiap hari, apa yang kita sibukkan?
Bagaimana bentuk kesibukan kita?
Kenapa kita sibuk?
Ramadhan ini kita sibukkan diri kita. Benar-benar fokus dengan kesibukan yang sejati. Kesibukan yang ada erti. Dan, kesibukan yang memberikan kita nilai di sisi Ilahi.

Kata hukamak :

“ Sibukan diri anta dengan Al-Quran.”
Tadarus Al-Quran.
Tilawah Al-Quran.
Tadabur Al-Quran.
Hafal Al-Quran.
Tasmi’ Al-Quran.
Teliti Tafsir-tafsir Al-Quran.
Belajar Al-Quran.
Perhalusi Al-Quran.
Hayati Al-Quran.
Dan, rasai kemanisan, kelazatan dan keindahan Al-Quran.

Kata hukamak lagi :

“ Tak salah kalau kurangkan perkara-perkara harus yang lain.”

“ Kurangkan hal-hal yang melalaikan dan melaghakan.”

“ Utamakan yang ini sehingga anta benar-benar tenggelam dalam kepekatan ruh Al-Quran seperti generasi pernah rasainya dahulu.”

“ Inilah bekalan yang kita perlukan untuk menjadi mukmin yang ada kekuatan dan keteguhan.”

“ Jika anda serius, sibukkan diri dengan kesibukan yang ada harga dan bernilai sebelum Ramadan berlalu pergi.”

TERAWIH DAN TAZKIRAH


Ada yang mengeluh kerana terawih lewat berakhir. Ini adalah kerana slot tazkirah yang panjang oleh penceramah jemputan.
    Sebenarnya pengurusan kedua-dua masjid Ar Rahman baru dan lama telah sepakat untuk memeriahkan Ramadan ini dengan pengisian ilmu dan penghayatan Ramadan.
    Sebab itulah silih berganti pentazkirah hadir kedua-dua masjid.Tazkirah yang diberi adalah sebagai penyubur jiwa dan muhasabah diri kita dalam menjalani Ramadan.Bukan selalu kita dapat suasana sebegini maka manfaatkan sebaiknya untuk perubahan diri kita.
    Cuma agak terkilan apabila jemaah pun nampaknya semakin menyusut berbanding di awal Ramadan.Mungkinkah semangat itu telah luntur atau kita yang terlalu sibuk dengan urusan duniawi.

BESARNYA KURNIAAN ALLAH DI RAMADAN INI


Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mendapat 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah:
Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamai Al Rayyan.
Kata Nabi dalam satu hadisnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya.        (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).
Kedua, Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).
Ketiga, Allah memberikan keistimewaan  kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”
Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa iaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Iaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadis riwayat imam Muslim.
Kelima, Puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk kesembuhan dari  penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sihat.”                     (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).
Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).
Ketujuh, Dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).
Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidur nya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”
Kesembilan, Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan meski hanya seteguk air. (HR. Abu Ya`la).
Kesepuluh, Orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bersalawat (memintakan ampunan) baginya

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT DATANG RAMADAN


Thursday, June 28, 2012

AJK MASJID SESSI 2012/2015


Berkuatkuasa 1 Jun yang lalu, AJK masjid Ar Rahman sessi 2009/2012 mengakhiri tugasnya manakala AJK baharu mengambil alih tugas sehingga 2015.
    Kepada AJK sessi lalu jazakallah diucapkan manakala kepada AJK baharu selamat menjalankan amanah demi memakmurkan rumah Allah ini.Barisan pegawai  Masjid Ar Rahman bagi sessi yang baharu adalah seperti berikut :

Nazir :          Tn Hj Wahid Nawawi                        
Timb Nazir :Tn Hj Kamsani Misdi           
Imam 1:        Sdr Zainol Abidin b Daei          
Imam 2:       Sdr Zainor Azmi b Misdi      
Bilal 1 :         Tn Hj Rosli b Kormain         
Bilal 2 :         Tn Hj Mistaram b Wardi             
Siak 1  :         Tn Hj Akhyar D Kamari       
Siak 2  :         Sdr Abd Hamid b Jabar
Setiausaha : Sdr Amijar b Kadimon                
P Setiausaha:Us Ishak Hj Mokhtar      
Bendahari :   Sdr Zubir b Zasyali          
 
AJK :                              
                       Sdr Jalaludin b Habib                 
                       Sdr  Ehsan b Tumirin                            
                       Tn Hj Daem b Sapuan                           
                       Sdr Syed Asri b Syed Sohor                  
                       Pn Julaili b Jumat                                  
                       Pn Amriah bt Rasyid                          
                       Sdr Jefry b Mejan                 
Pemeriksa
 kira-kira :       
                       Sdr Sahardi b Ismail 
                       Sdr Mohd Zaidi b Husin                                
                

PEMASANGAN LCD PROJEKTOR DISELESAIKAN


Apa yang dicita-citakan telah dilaksanakan di masjid kita.LCD projektor telah siap dipasang pada Khamis yang lalu.

    Tujuan utama pemasangan ini adalah untuk mengimarahkan lagi kuliah-kuliah ilmu di masjid kita ini disamping memberi info-info kepada para jemaah.

     Berkat kerjasama semua jemaah diharapkan cita-cita murni ini akan dapat direalisasikan.

     Mudah-mudahan juga, bilangan jamaah yang mendengar kuliah-kuliah yang diadakan akan terus bertambah dengan adanya daya penarik ini.

LANGKAH PENCEGAHAN PECAH RUMAH


Walaupun kes pecah rumah semakin berkurang di kampung kita, namun setiap ahli kariah perlulah berwaspada supaya tidak berlakunya kes sedemikian. Bak kata pepatah “Beringat sebelum kena”.
   JKKK Kampung bahagian keselamatan Sdr Ehsan b Tumirin menasihati ahli kariah supaya mengamalkan  langkah langkah berikut ,iaitu ,
1.      Menggunakan kunci yang lebih kukuh dan tebal.
2.      Menghidupkan lampu di luar rumah pada waktu malam.
3.      Meletakkan barangan yang berbunyi kuat seperti tin di pintu bagi mengejutkan tuan rumah dan menakutkan perompak.
4.      Membuat perhubungan dengan jiran dan kawan-kawan jika disyaki jenayah berlaku.
5.      Menghubungi Balai Polis Bestari Jaya 03 3271 222 atau IPD Kuala Selangor 03 3289 1222

Monday, March 19, 2012

MESYUARAT KHAS PEMILIHAN AJK 2012-2015

Mesyuarat khas pemilihan AJK yang baru akan dijalankan pada 26 Mac ini bermula selepas maghrib. Kepada semua ahli qariah Masjid Bukit Badong dijemput untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini sangat penting kerana di sinilah kita boleh mencalonkan dan memilih AJK yang difikirkan sesuai untuk mentadbir dan mengimarahkan masjid kita.Jika dirasakan AJK lama masih sesuai dan telah menjalankan kerja dengan sebaik mungkin, bolehlah dikekalkan.Keputusan di tangan ahli kariah semua.
Sungguhpun begitu , untuk pengetahuan semua imam kita iaitu Ustaz Sariman dan Imam Tairin akan berundur dari menjadi imam kerana faktor usia yang melebihi 65 tahun. Agak-agaknya siapa ya yang boleh dilantik menjadi imam masjid kita ? Apa yang pasti, lantiklah imam di kalangan jamaah yang rajin mengimarahkan masjid.Selamat bermesyuarat.

Thursday, March 8, 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JKKK

JKKK Kg Bukit Badong akan mengadakan program khidmat masyarakat pada tarikh 11 Mac (Ahad) bermula jam 8.00 pagi hingga 4 petang.

Antara program yang diadakan adalah seperti khidmat tukar minyak hitam percuma, rawatan kecantikan bagi wanita,futsal padang, pertandingan gubahan, senam robik ,sukanekaibu bapa dan kanak-kanak.

Tidak ketinggalan aktiviti “Yok Ngenjot” dan banyak lagi .T shirt juga disediakan serta cabutan bertuah..Semua acara akan dijalankan di Padang Belia Bukit Badong, di dewan orang ramai serta dewan JKKK.

Perasmian akan dijalankan oleh Dr Halimah Ali, iaitu Exco Kerajaan Negeri Selangor.Kepada penduduk yang ingin membuka gerai, sangat dialu-alukan.Semua penduduk kampung dijemput menyertai program ini.


PENDAFTARAN TUISYEN PERCUMA SPM

Kerajaan negeri Selangor menyediakan tuisyen percuma bagi pelajar yang menduduki SPM tahun ini .Untuk di kampung kita ini, kelas dijalankan di Pusat Belia (sebelah bengkel kereta) pada setiap Ahad bermula jam 8.00 pagi.Lima subjek teras diajar setiap minggu disamping mendapat modul dan buku latihan setiap bulan.

Selain itu pelajar juga berpeluang mengikuti seminar, teknik menjawab soalan yang diadakan di Inpens dan SUK Shah Alam. Pelajar juga akan menyertai kem motivasi dan summer camp secara percuma.Kepada ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 013 – 3633640.Terhad kepada 25 orang terawal sahaja.