Friday, September 23, 2011

MESYUARAT AGUNG MASJID AR RAHMAN


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Mesyuarat Agung masjid akan diadakan pada 23 September iaitu Jumaat malam Sabtu. Adalah diharapkan ahli kariah dapat hadir beramai-ramai bagi menjayakan mesyuarat tersebut disamping dapat berbincang dan memberi buah fikiran bagi kemakmuran masjid kita bersama.Mesyuarat akan dimulakan jam 8 malam selepas majlis perasmian.

Perasmian akan dibuat oleh Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor yang baharu selepas solat maghrib.AJK masjid telah mengadakan mesyuarat sebelum itu untuk membuat persiapan bagi mesyuarat ini.Inilah mesyuarat pertama diadakan selepas AJK baharu yang berumur bawah 60 tahun dilantik mengikut peraturan JAIS

Jamuan raya disediakan bagi ahli kariah selepas selesai mesyuarat.Insyaallah satay dan char koey teaw menunggu.

Sementara itu. Masjid Ar Rahman Lama akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 29 September iaitu Khamis malam Jumaat hadapan.



Thursday, September 15, 2011

PROGRAM STRATEGI MENJAWAB PMR DI DEWAN BUKIT BADONG

Program di atas akan dijalankan pada 25 September bersamaan hari Ahad.

Program ini akan membawa guru-guru pakar Selangor bagi memberikan teknik dan strategi menjawab soalan PMR.Program akan bermula jam 8 pagi hingga 4.00 petang.

Program ini dianjurkan oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor Zon 4D yang diketuai oleh Saudara Jefry b Mejan dengan kerjasama JKKK Kg Bukit Badong.

Yuran dikenakan hanyalah RM10 berbanding dengan program sebegini di tempat lain yang mengenakan bayaran yang tinggi.Kepada calon PMR dinasihati tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Sarapan pagi, makan tengah hari serta nota-nota akan dibekalkan kepada pelajar.

INTERNET DAN WI FI DI MASJID

Dalam usaha bagi memberi perkhidmatan kepada ahli kariah,pengurusan masjid telah menyediakan perkhidmatan internet dan WiFi di perpustakaan masjid.

Kepada ahli kariah , terutama kepada pelajar-pelajar bolehlah menggunakan perkhidmatan ini secara percuma di perpustakaan .Perkhidmatan ini dibuka pada waktu petang dan antara maghrib dan isyak bergantung kepada kelapangan AJK.

Ahli kariah yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh menghubungi biro ICT melalui talian 012-3548627

BARAAN RAYA

Penduduk Taman Bukit Badong telah mengadakan baraan selama tiga malam berturut-turut bermula malam Selasa yang lalu.

Program dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Taman Bukit Badong yang diketuai oleh Tn Hj Radzali b Mukri. Manakala baraan bagi Bukit Badong lapis satu akan bermula pada malam Sabtu ini .

Diharapkan program ini dapat merapatkan ukhwah sesama penduduk kampong ini.

Selain itu rumah terbuka juga terus diadakan.Walau pun begitu ,diingatkan supaya tujuan dibuat bukanlah untuk bermegah-megah serta elakkan daripada pembaziran.Juga pastikan golongan kurang bernasib baik tidak disisihkan dan dijemput sama untuk bergembira di majlis raya kita.

KEMBALI BERSUA

Pihak Biro ICT dan Penerbitan memohon maaf kerana blog ini sudah lama tidak aktif.Ini adalah kerana masalah teknikal yang dialami oleh pihak admin sehingga menyebabkan blog ini sukar untuk dicapai oleh admin.
Alhamdulillah, masalah tersebut telah dapat diatasi dan insyaallah blog ini akan kembali aktif untuk menyalurkan berita dan aktiviti Masjid Ar Rahman Kg Bukit Badong.