Friday, October 29, 2010

PERSEMBAHAN KOMPANG 7 KG BUKIT BADONG



Terdiri dari warga emas Bukit Badong bersama pak lurah Kg Bukit Badong. Bersedia menerima tempahan untuk membuat persembahan di mana-mana majis keraian.Baru-baru ini membuat persembahan pada majlis perkahwinan anak YB Dr Dzulkefly b Ahmad dan pada program Jelajah Generasi Idaman Selangor anjuran kerajaan negeri di tapak letak kereta Tesco Kuala Selangor.

Saturday, October 23, 2010

GAMBAR -GAMBAR SEKITAR FORUM PERDANA

Pihak PAID Kuala Selangor diketuai oleh tuan kadhi sedang mengadakan mesyuarat dengan AJK Masjid Ae Rahman bagi menjayakan Proram Memperkasa Institusi Keluarga di dewan mesyuarat masjid.
Suasana pada sebelah petang jam 3.30 petang semasa ceramah Dr Hassan Ali sebelum diteruskan pula oleh Ustaz Zambri TV 9 selepas Asar.
Majlis perasmian majlis disempurnakan oleh Menteri Besar.Beliau terpaksa pulang awal kerana akan bertolak ke China pada malam itu juga.Moderator Dr Hassan Ali bersama dua orang ahli panel iaitu Dr Azhar Yaacob dan Ustaz Haslin Baharin berjaya menghidupkan suasana forum pada malam itu.

Para pengunjung forum terdiri dari muslimat yang khusyuk mendengar kupasan keluarga bahagia oleh ahli panel forum.Pemandangan dari belakang suasana di majlis tersebut yang dianggarkan dihadiri lebih daripada 2000 orang pengunjung .
Menteri Besar sempat ditemuramah oleh wartawan dari TV Sslangor dan Sinar Harian.
Aktivis yang sentiasa kelihatan di mana-mana program sebegini berlangsung iaitu bang Ripin (Arifin Yusuf) bergambar dengan AJK masjid iaitu Cikgu Sahardi.
Wak Ansor yang sedang sibuk mempromosi jualan pakaian bundle digerai jualan bagi mengisi tabung usrah.
Suasana di gerai yang menyediakan pelbagai jualan termasuk mi sup, air, pakaian,kaset dan kaunter PZS dan SPR.
Para pelajar dari Balai Dakwah Jeram yang turut hadir Sayangnya mereka tidak dapat menikmati jamuan nasi ayam yang disediakan pihak penganjur kerana telah kehabisan awal-awal lagi.
Aksi rakan-rakan melihat seorang lagi rakan mereka yang tertidur sebelum menyertai qiamullail jam 4 pagi.Anak-anak kecil ini pun sanggup berqiamullail , malu kalau para bapa-bapa tak hadir.

Khusyuk mendengar setiap program yang dijalankan dari petang hinggalah ke pagi esoknya.
Majlis penyampaian kepada para asnaf.Dalam majlis tersebut juga Puan Fatonah yang mengalami kebakaran rumah tidak lama dahulu menerima wang zakat sebanyak RM38 000 bagi mendirikan semula rumahnya yang hangus dalam kebakaran tersebut.

Majlis penutup program oleh Dr Hassan selepas tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah yang juga mengimami solat tasbih pada malamnya.
Para jemaah bersalam-salaman dengan Dr Hassan Ali setelah selesai program.
Dr Hasan Ali menjawab soalan wartawan dari TV Selangor yang membuat liputan dari awal hingga akhir program.

Gambar bawah, tok siak tersenyum kelegaan bersama Cikgu Zubir dan orang kuat JKK Kampung Bukit Badong tok Ehsan setelah program selesai dengan jayanya.

Friday, October 8, 2010

TAKLIMAT KEBERANGKATAN PARA JAMAAH HAJI

Satu taklimat akhir untuk semua para haji yang mengikuti program kursus haji bersiri yang diadakan setiap minggu di masjid lama Bukit Badong akan diadakan pada Ahad ini bersamaan 10 Oktober 2010 jam 8.30 pagi.

Taklimat akan disampaikan oleh pembimbing kursus haji iaitu Tn Hj Amat Mustakim b Dolkamit.Bagi ahli qariah yang berminat untuk menghadiri sama taklimat ini juga sangat dialu-alukan.



FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu serta Jabatan Agama Islam Selangor akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di masjid ini pada 22 Oktober ini.

Program besar-besaran ini mensasarkan jumlah kehadiran seramai dua ribu orang.Untuk tujuan tersebut, satu mesyuarat bersama tuan kadhi, para ketua kampong dan nazir-nazir seluruh mukim Ijok bersama AJK masjid Ar Rahman telah diadakan pada 4 Oktober yang lalu di bilik mesyuarat Masjid Ar Rahman.

Dijadualkan forum perdana ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor dan dihadiri oleh Dato Dr Hassan b Ali, exco agama manakala forum perdana pula akan dibarisi oleh penalis terkenal seperti Ustaz Zahazan Mohamad, Ustaz Roslan Muhammad serta moderator oleh Ustaz Haslin b Baharim.

Gerai-gerai juga akan dibuka, manakala beberapa buah bas disediakan bagi membawa penduduk kampong yang berhampiran serta para pelajar UNISEL.

Kerjasama dari semua pihak diperlukan bagi menjayakan program yang dirancang bagi manfaat kita semua.


Sunday, October 3, 2010

SEKITAR MESYUARAT AGUNG MASJID









Mesyuarat agong Tahunan Masjid Ar Rahman telah selesai diadakan pada 1 Oktober bersamaan 23 Syawal yang lalu.Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Kadhi daerah Kuala Selangor iaitu Tn Hj Hashim b Mohamad.

Dalam ucapannya, beliau sangat-sangat mengharapkan AJK dapat merancang program yang bukan sahaja untuk ahli yang datang ke masjid sahaja tetapi program yang dapat dihadiri oleh ahli-ahli qariah yang lain jua.

Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan tetapi beberapa cadangan yang dikemukakan sangat baik untuk diusahakan.Antaranya adalah cadangan dari imam Masjid Lama Kg Bukit Badong yang mencadangkan pengurusan Masjid Ar Rahman membiayai kos program-program di surau-surau yang kekurangan dana untuk mengendalikan sendiri.

Selain itu, antara cadangan yang diajukan oleh pihak masjid terus kepada tuan kadhi ialah projek pembesaran masjid.Ini memandangkan saiz yang sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Diperhatikan ,terdapat di kalangan remaja yang tidak bersolat Jumaat walaupun hadir ke masjid atas alasan tiada ruang solat dan terpaksa bersesak-sesak di bahagian belakang masjid dan di bawah khemah yang disediakan.

Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dan berjalan dalam suasana harmoni dan ukhwah Islamiah. Mesyuarat diakhiri dengan jamuan satay yang disediakan bagi ahli qariah yang hadir.