Monday, August 30, 2010

6 Tanda Malam Lailatul Qadar

Di antara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas.



Antara tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah asin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas bathil . Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.



Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, yaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah SAW, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh bulatan.” (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.


Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PUNCAK NIAGA

Dr Dzul bersama dengan Pengurus Besar Puncak Niaga Site Bukit Badong membelek -belek cenderamata yang akan disampaikan kepada wakil-wakil surau.

Penyampaian bubur lambuk kepada wakil-wakil surau dalam qariah Kg Bukit Badong.
Pengurus Besar Puncak Niaga Site Bkt Badong sempat berbual-bual dengan Dr Dzul dan jemaah yang lain sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Anak-anak qariah beserta anak-anak pekerja Loji Air Puncak Niaga yang turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa yang diadakan.
Dua orang veteran Bukit Badong yang tidak ketinggalan berbuka puasa bersama iaitu Tn Hj Sanimin dan Tn Hj Suraji.
Turut hadir ialah nazir Masjid Bt 8 ,Ijok ,Cikgu Mohd Noh Mujer, setiausaha Masjid Lama Bukit Badong Amejar Kadimon serta penolong setiausaha Masjid Ar Rahman Ramlan b Hambali.
Seorang mualaf yang baru memeluk Islam dua minggu yang lalu bernama Adam yang turut sama berbuka puasa di majlis ini bergambar dengan tuan nazir masjid, Tn Hj Wahid Nawarbi.
Isteri kepada Dr Dzulkefly b Ahmad, Pn Hezry bersama-sama jawatankuasa wanita Masjid Ar Rahman ,Pn Amriah bersama-sama muslimat yang hadir menanti waktu berbuka .

Wednesday, August 25, 2010

KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.




JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. "Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :


Canned Meat Canned Seafood Canned Fruits Canned Vegetables Seasonings di atas adalah barang2 keluaran narcissus. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/
Berhati-hatilah wahai pengguna Muslim sekalian.Rasanya buah mata kucing dalam tin kuning tu memang selalu kita jumpa di kedai-kedai runcit di kampung-kampung.Berwaspadalah dengan makanan kerana makanan itulah membentuk hati kita.Makanan yang haram membuat hati kita keras dan tidak takut pada Allah.

Monday, August 23, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DR DZULKEFLY

Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dr Dzulkefly Bin Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor akan diadakan pada 26 Ogos (khamis malam Jumaat).Majlis ini ditaja oleh Puncak Niaga, Sdn Bhd, JKK Kg.Bukit Badong, beserta AJK Masjid Ar Rahman.Jamuan nasi disediakan serta tazkirah oleh YB Dr Dzulkefly.

Pengedaran bubur lambuk juga dijalankan serentak oleh YB Dr Dzulkefly serta staff Puncak Niaga di Bazar Ramadan Bukit Badong pada petang itu selepas Asar. Semua penduduk Kampung Bukit Badong di jemput hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Thursday, August 19, 2010

INFO-INFO SEPANJANG RAMADAN

1. Masjid Ar Rahman akan menjemput dua orang hafiz untuk mengimami solat terawih bagi tahun ini.Solat terawih akan dijalankan sebanyak 20 rakaat,beserta akan diselitkan dengan tazkirah ringkas.

2. Seperti tahun-tahun lepas Bazar Ramadhan akan dibuka juga pada tahun ini di tapak JKK. Sewa yang dikenakan hanyalah RM35 sebulan.Sila berhubung dgn setiausaha JKKK Tn Hj Daem untuk tempahan tapak.

3. Pihak JKK akan mengagihkan bubur lambuk percuma kepada penduduk kampong pada minggu pertama dan ketiga pada hari sabtu di tapak BazaarRamadhan.Sila dapatkan.

4. Program solat terawih JKK bersama ahli kariah akan diadakan berselang-selang antara 7 buah surau di Kg Bukit Badong. Nantikan kehadiran mereka di surau tuan-tuan.

5. Pihak Masjid Ar Rahman akan menaja majlis berbuka puasa pada setiap Khamis malam Jumaat manakala Parti Islam SeMalaysia Cawangan Bukit Badong akan menaja majlis berbuka puasa pada setiap Ahad malam Isnin.Kepada pihak yang lain dialu-alukan berbuat demikian.

6. Sepertimana tahun-tahun lepas, halaqah Tadarus Al Quran akan dijalankan selepas solat terawih. Diharapkan semoga tahun ini akan ramai lagi ahli qariah yang akan menyertai tadarus ini. Cenderahati akan diberi kepada peserta tadarus ini khususnya di kalangan remaja.


Monday, August 16, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN

Antara AJK dan pegawai masjid yang turut hadir dalam majlis penyampaian tersebut adalah Cikgu Sahardi, Tn Hj Saparudin b Kasmin dan Tuan Haji Sauji.
Antara penerima sumbangan yang dapat hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut.

Sementara menunggu berbuka puasa, tuan nazir sempat lagi ber sms ! Tak lah, tengok jam berapa minit lagi berbuka puasa.


Penyampaian sumbangan untuk anak yatim qaryah Bukit Badong kepada adik Nur Hazwani bt Tauhid, keluarga 13 orang adik beradik.

Timbalan nazir Tn Jalaludin Habib mempengerusi kan majlis, manakala disebelahnya Tuan Hj Saroni Pengerusi Biro Kebajikan disamping Ketua Kampung Bukit Badong bersedia menyampaikan sumbangan.


Mudah-mudahan makcik dapat bergembira di hari raya ini...begitulah agaknya yang dikatakan oleh Tuan Jalaludin Habib kepada penerima sumbangan tersebut.

Wednesday, August 11, 2010

Tazkirah Ramadhan



"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;

2. Beristighfar;

3. Memohon memasuki jannah dan

4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.


Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya. Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun.

Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan wassalam.

SUMBANGAN JAIS KEPADA MASJID-MASJID SELURUH SELANGOR

Pihak nazir masjid Ar Rahman Bukit Badong telah selesai mengagih-agihkan peruntukan Ramadhan dari pihak JAIS. Setiap masjid seluruh Selangor menerima RM1000.00 manakala surau-surau menerima sebanyak RM400.00.
Di harap pihak AJK surau dapat menggunakan peruntukan tersebut sebaik mungkin.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN RAMADHAN

MAJLIS TERSEBUT AKAN DIADAKAN SEPERTI DI BUTIRAN BERIKUT :

Tarikh : 12 Ogos / 2 Ramadhan
Masa : 6.00 petang
Tempat : Perkarangan Masjid Ar Rahman

Dalam majlis tersebut ,akan disampaikan sumbangan dari pihak masjid kepada seramai lebih kurang 30 orang anak- anak yatim serta 70 orang fakir miskin di Kg Bukit Badong. Selepas itu majlis berbuka puasa akan diadakan .Penduduk kampung juga dipersilakan berbuka bersama-sama .

Tuesday, August 10, 2010