Wednesday, June 30, 2010

Salam Pertemuan

Syukur, alhamdulillah dengan izin Allah jua ,blog ini dapat diaktifkan kembali.Dengan perlantikan AJK baru masjid baru-baru ini , penyusunan semula telah dibuat dengan hasrat memberi nafas baru kepada pentadbiran masjid.

Hasrat mewujudkan satu blog khas untuk masjid ini memang sudah lama diimpikan tetapi kerana masalah teknikal baharu sekarang impian tersebut dapat direalisasikan.Adalah menjadi hasrat pihak pengurusan Masjid Ar Rahman, Bukit Badong untuk melihat suatu wadah yang dapat menghubungkan antara qariah Bukit Badong dengan pihak masjid.

Moga-moga dengan kemunculan semula blog ini dapat sedikit sebanyak mengisi lompang dan jurang antara penduduk kampung dengan pihak masjid.Adalah diharapkan blog ini dapat berperanan sebagai medium untuk menyampaikan info-info yang berguna, jadual pengajian-pengajian di masjid dan surau qariah ini serta tazkirah dari semasa ke semasa.Di samping itu , diharapkan juga blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dalam menyuburkan lagi ilmu-ilmu Islam dan berperanan menyatukan ukhwah di kalangan penduduk kampung ini.Salam hormat.